fbpx

5 rumah musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu daripada lima rumah yang terbakar di Jalan 18, Kampung Baru Salak Selatan, Kuala Lumpur, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Lima buah rumah musnah terbakar kira-kira 30 minit sebelum azan subuh di Jalan 18, Kampung Baru Salak Selatan, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.31 pagi tadi.

Katanya, sebanyak 11 jentera dengan kekuatan 46 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak bersama jentera bantuan daripada BBP Sungai Besi, BBP Cheras dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, berlaku kebakaran melibatkan lima buah rumah jenis separa kekal.

“Tekanan air rendah menyukarkan operasi pemadaman, namun berjaya dikawal pada pukul 6.35 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Tambah kenyataan itu, kejadian tersebut tidak melibatkan mangsa dan kesemua rumah musnah sepenuhnya.

Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI