fbpx

Warga asing mengemis di bazar Ramadan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengemis wanita warga asing ditahan ketika sedang mengemis di tapak Bazar Ramadan Keramat Permai, Ampang Jaya, semalam. IHSAN PDRM

AMPANG JAYA – Tindakan wanita warga asing mengemis dan meraih simpati dengan cara duduk di tapak Bazar Ramadan Keramat Permai, di sini, mengundang padah selepas dia ditahan oleh pihak polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam dan menahan wanita itu yang sedang meminta sedekah.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati dia menetap di negara ini tanpa dokumen perjalanan diri sah.

“Pemeriksaan lanjut dilakukan terhadap beg yang disandang suspek mendapati beberapa wang kertas sejumlah RM240.

“Suspek kini ditahan untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 27(C) Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya ketika dihubungi hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI