CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14381|Reply: 0

[Sarawak] Larian amal 'plogging' pertama di Miri pada 30 April

[Copy link]
Post time 23-3-2023 08:43 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Yayasan Tzu Chi Buddha Taiwan Malaysia Miri (Tzu Chi Miri) akan menganjurkan larian amal 'plogging' sejauh tiga kilometer (km) pada 30 April depan dan bertempat di Pantai Marina di sini.
   
Menurut jurucakap penganjur, 'plogging' merupakan satu gerakan global baharu yang bersifat serampang dua mata iaitu berjoging sambil mengutip sampah di sekitar laluan yang dilalui semasa larian.
   
"Sehubungan itu, Tzu Chi Miri berharap dengan memperkenalkan 'plogging' ini sebagai inisiatif baharu untuk memberi lebih kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar akan dapat menggalakkan orang ramai untuk sama-sama mengutip sampah semasa mereka berjoging dengan menjadikan ia aktiviti baharu yang menyeronokkan dan juga bermanfaat.
   
"Pada masa sama, menerusi penganjuran acara larian seperti ini, kita juga ingin meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat dan sering bersenam," katanya dalam satu kenyataan yang diikeluarkan, hari ini.
   
Dalam pada itu, menurut jurcakap terbabit, larian amal ini merupakan aktiviti 'plogging' yang terbesar pernah dianjurkan di Miri bagi mengutip dana untuk membiayai aktiviti-aktiviti amal Tzu Chi Miri.
   
Sehubungan itu katanya, mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam larian amal ini boleh mendaftarkan diri sama ada dalam kategori individu atau berpasukan (empat orang ahli).
   
Setiap peserta yang bertanding dalam kategori individu akan dikenakan yuran sebanyak RM100 dan bagi pasukan RM380.
   
Manakala bagi peserta yang mendaftar awal iaitu mulai sekarang sehingga 1 April depan layak mendapat diskaun harga (yuran) iaitu RM80 seorang.
   
"Setiap peserta yang berjaya menamatkan larian akan diberikan sehelai baju T, medal serta berpeluang memenangi hadiah yang disediakan pihak penganjur.
   
"Justeru kepada mereka yang berminat, bolehlah mendaftar mulai sekarang dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 13 April depan," katanya.
   
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pihak penganjur melalui talian 019-8147272 (Sim), 019-4881812 (Bryan Chia) atau 012-8892848 (Lai).
   
Manakala pek perlumbaan boleh diambil mulai jam 9 pagi hingga 4 petang pada 29 April depan di Pusat Kitar SemulaTzu Chi, Piasau di sini.



https://www.utusanborneo.com.my/2023/03/23/larian-amal-plogging-pertama-di-miri-pada-30-april
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.287546 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list