Banjir kian pulih, 419 masih di PPS - Utusan Malaysia

Banjir kian pulih, 419 masih di PPS

SUKARELAWAN daripada Southern Volunteers membantu membersihkan barangan penduduk di sekitar Batu Pahat yang rosak ditenggelami banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)  berkurangan menjadi 419 orang daripada 113 keluarga, setakat pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 439 mangsa daripada 122 keluarga di lima PPS di Batu Pahat, pada 8 malam tadi.

“Kita jangkakan bencana banjir ini akan pulih sepenuhnya dalam beberapa lagi disebabkan faktor cuaca yang cerah sejak kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, PPS yang masih beroperasi di Batu Pahat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan, Sekolah Agama (SA) Seri Bertam, Dewan Orang Ramai Yong Peng, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Hua Min dan SA Seri Comel.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan atau  ribut petir dikeluarkan di negeri ini.

Katanya, banjir yang berlarutan lebih dua minggu itu menyebabkan beberapa jalan mengalami kerosakan dan berlaku kejadian tanah runtuh.

“Antara jalan yang terkesan ialah Jalan Lingkaran Kahang Barat, Kluang dan Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram, Kulai disebabkan cerun runtuh, manakala Jambatan GSA Chamek di Kluang mengalami kerosakan serta masih ditutup hingga kini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya