Tabung masjid cuba dilarikan pada hari pertama Ramadan

Tabung masjid cuba dilarikan pada hari pertama Ramadan

TABUNG besi yang cuba dilarikan suspek di Masjid Al Aqla di Jitra, Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Jemaah yang mahu menunaikan solat Subuh pada hari pertama Ramadan di Masjid Al Aqla, Jitra di sini hari ini dikejutkan dengan penemuan tabung besi rumah ibadat tersebut yang berada di koridor masjid.

Tabung tersebut dipercayai cuba diheret keluar dari pekarangan masjid, namun ditinggalkan di situ oleh si pencuri akibat terlalu berat.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, tabung tersebut ditemukan seorang jemaah berusia 73 tahun pada pukul 6.05 pagi.

“Tabung itu ditemukan di koridor masjid dalam keadaan masih berkunci. Pemeriksaan dijalankan mendapati tiada duit yang hilang dan kita berjaya menemukan tiga cap jari pada tabung tersebut,” katanya.

Tambah Rodzi, kamera litar tertutup (CCTV) masjid tersebut tidak meliputi kawasan tabung berkenaan dan hanya berada dalam masjid.

“Walaupun tiada barangan yang hilang, namun satu anak tangga masjid tersebut pecah dipercayai akibat terkena peti besi yang cuba dilarikan suspek itu,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.