fbpx

Keluarga rakam penampakan raksasa Loch Ness

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARRY merakam gambar raksasa Loch Ness di Tanah Tinggi Scotland awal tahun ini. - Foto Peter Jolly Northpix

EDINBURGH, Scotland – Raksasa Loch Ness dilaporkan dilihat buat kali pertama pada 2024 dengan sebuah keluarga mendakwa merakam bukti baharu tentang haiwan misteri tersebut, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Daftar Rasmi Penampakan Raksasa Loch Ness Rasmi mengesahkan dakwaan Parry dan Hannah Malm selepas mereka merakam gambar menunjukkan kehadiran makhluk tersebut dekat Istana Urquhart yang merupakan lokasi tumpuan raksasa Loch Ness.

Ketika itu, keluarga Malm bersama anak-anak mereka melawat tasik Loch Ness buat kali pertama.

Parry menceritakan detik itu dengan berkata: “Shannon (anaknya) ternampak kepala hitam sejenis haiwan. Saya meragui kewujudan raksasa tersebut sebelum ini tetapi sekarang, saya fikir mesti ia ada di sana.”

Lebih 1,156 penampakan Loch Ness yang turut dikenali sebagai Nessie direkodkan sejak Sir Edward Mountain menghantar ekspedisi menjejaki raksasa tersebut pada tahun 1934.

Mountain yang terlibat dalam bisnes insurans menganjurkan pencarian itu.

Dia menghantar 20 orang dilengkapi kamera Kodak dan cermin mata khas untuk mengawasi tasik berkenaan, demikian menurut jurnal saintifik Nature. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI