Lelaki umur 59 tahun ‘kantoi’ pandu kereta mahal selama 7 tahun tanpa ‘road tax’, bagi alasan “bawa dekat-dekat je”

Oleh KIM SYAZIE

Sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Selama tujuh tahun tidak memperbaharui cukai kereta, taktik lelaki berusia 59 tahun ini akhirnya terbongkar juga.

Dilaporkan, seorang lelaki ditahan pihak polis selepas didapati memandu kenderaan mewah jenis BMW X6 yang telah tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM) selama tujuh tahun.

Kenderaan tersebut ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor kira-kira jam 11.30 pagi semasa rondaan sempena Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.

Baca Artikel Penuh