fbpx

1,698 kes denggi, 1 kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes demam denggi mencatatkan penurunan iaitu daripada 2,487 kes kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, bagi tempoh berkenaan juga sebanyak satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-15 adalah sebanyak 48,329 kes berbanding 33,325 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Manakala terdapat 35 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 21 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, tadi.

Menurutnya, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada minggu berkenaan adalah sebanyak 107 lokaliti berbanding 119 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

“Dari pada 107 lokaliti yang dilaporkan, 87 lokaliti di Negeri Selangor, Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (sembilan), Pulau Pinang (empat), Kedah (dua) manakala Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah masing-masing satu?” ujarnya.

Jelas beliau, bagi survelan chikungunya pula, sebanyak dua kes direkodkan pada minggu berkenaan menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini adalah 23 kes dengan satu wabak chikungunya masih aktif.

Mengulas mengenai survelan zika, Dr. Muhammad Radzi berkata, sebanyak 740 sampel darah dan empat sampel urin telah dijalankan saringan dengan hasil kesemuanya adalah negatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI