CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1522|Reply: 23

[Politik] 'Lakukan bedah siasat, jika tidak 30 kerusi BN tergelincir lebih teruk'

  [Copy link]
Post time 9-12-2022 05:31 PM | Show all posts |Read mode
'Lakukan bedah siasat, jika tidak 30 kerusi BN tergelincir lebih teruk'

https://www.bharian.com.my/berit ... elincir-lebih-teruk

Oleh Fahmy A Rosli - Disember 9, 2022 @ 5:21pm
fahmy.azril@bh.com.my


Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR: Walaupun Barisan Nasional (BN) merekodkan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, tiada bedah siasat dilakukan kepemimpinan gabungan parti itu bagi mengenal pasti punca.

Perkara itu didedahkan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang mendakwa BN sebaliknya hanya meneruskan 'kehidupan' seperti tiada apa yang berlaku sehingga kekalahan teruk itu berulang pada PRU15.

Dengan hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen pada PRU15, beliau berkata BN perlu sedar diri dan jangan terlalu selesa dengan keputusan mudah, antaranya menetapkan kerjasama dengan parti politik tertentu demi masa depan politik gabungan itu.

"Nak 'move on' (teruskan) ini tak bermakna kita buat tak tahu. 'Move on' ini tak bermakna kita gembira dengan rakan baharu kita sehingga kita lupa kita berada dalam kedudukan hari ini, kerana kita menang 30 kerusi. Kita sudah tak boleh ambil jalan pintas untuk mengelak perbualan yang sukar.

"Saya yakin kita boleh, pemimpin boleh jelaskan keadaan. Kita boleh membiasakan diri dengan situasi yang baharu. Boleh mewajarkan kenapa kita dengan Pakatan Harapan (PH) dan sebagainya. Itu semua ahli pun nak dengar tetapi lebih penting daripada itu, boleh tak kita hadam sebenar-benarnya apa masalah asas dalam parti ini.

"Barulah kita tahu apa yang kita kena ubah kalau tak 30 kerusi boleh tergelincir lebih teruk lagi. Dalam hal ini saya pun bersetuju dengan (Timbalan Pengerusi UMNO Johor) Datuk Nur Jazlan (Mohamed), BN kena buat post mortem (bedah siasat) betul-betul apa yang berlaku pada PRU15. Ini kita tak buat waktu PRU14," katanya menerusi rakan video Tiktoknya hari ini.

Oleh yang demikian, Shahril yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO risau mendengar hujah terlalu mudah berkaitan kerjasama BN dengan PH, bahkan PAS sekalipun.

Berdasarkan hujah yang beliau dengar, kononnya BN boleh meraih undi bukan Melayu apabila bekerjasama dengan PH, manakala dengan PAS pula boleh memperoleh sehingga 130 kerusi.

"Kali ini tak boleh dah. Kali ini extra penting kita buat (bedah siasat) betul-betul kerana (BN) hanya tinggal 30 kerusi. saya pun sudah risau sikit sebab sudah mula dengar hujah-hujah simplistik.

"Kita bersama dengan PH kita boleh menang undi bukan Melayu, sama macam lepas PRU14, kita bersama PAS. Kita campur undi BN, kita campur undi PAS, kita boleh memang 120, 130 kerusi. Adakah anda pasti semudah itu?

"Tanpa perubahan yang sebenarnya, ia tak semudah itu. Kira-kira kita ini tak sama dengan kira-kira pengundi. Ahli kita juga tiga juta. PRU15 hari itu pun kita dapat tiga juta undi dan kita pun tahu tak semua ahli UMNO yang undi BN. Kita kena tanya kenapa?" katanya.

Walaupun nama UMNO sinonim dengan orang Melayu, Shahril berkata ia masih gagal menarik sokongan orang Melayu untuk mengundi parti berkenaan.

Katanya, apa yang beliau bangkitkan bukan untuk menyasarkan pemimpin tertentu sebaliknya untuk semua ahli bermuhasabah dan mula bekerja untuk 'memperbaiki' parti.

"Saya tak kata saya ada jawapan lengkap kepada semua dan tak perasan pun saya boleh buat benda ini bersendirian.

"Tetapi sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO bersama-sama kawan yang lain, kita akan cuba menyumbang ke arah kajian mendalam ini dan apa perubahan apa yang rakyat nak daripada UMNO.

"Kita tak nak tuding sesiapa. Kita pun ada kegagalan masing-masing... saya pun ada kegagalan tetapi ini parti warisan emak ayah kita. Takkan kita nak biar macam ini sahaja? Sudah tertulis ini tanggungjawab generasi kita," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2022 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu Kak Mah datang meeting, bukan nak post mortem ke? Ke sekadar post office?

Btw, IKLAN CARI HAUK!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2022 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah nak berzabedah rogayah bagai la dek. Dlm BN tu byk penyakau. Tak semua ye tapi tu lah..Ni dengor kata Jibby nk bebas tahun depan pulak lagi lah dek.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila forensic audit jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb utama zahid je… yg penyokong tegar umno ni pun dak terlalu kecewa. No more umno selagi zahid presiden umno…
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 05:35 AM | Show all posts
Turunkan Zahid Hamidi saja pasti BN akan naik semula. Itu saja formulanya. Rakyat dah bagi isyarat tapi masih tak sedar-sedar diri lagi. Jadi kita tunggu masa Pemilihan Agung UMNO adakah Zahid kekal atau tak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2022 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
X yah bedah siasat..biar kan je deme dgn kelalaian deme..Kalo aku la..p je join parti lain..atok dah buat 2 parti baru..pilih la nk msk bersatu atau Pejuang...biarkan je wak jahit n kroni monopoly UMNO BN tu..tgk je pe jd Pru 16 nanti.. dr terus duk kecoh nak singkirkan wak jahit tu..baik biar je terkubur UMNO BN..tah2 bl terkubur UMNO BN wak jahit lompat ke parti cikgu dia..haaa otak aku Kalo dah berspekulasi travel kemana2 pnye..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 06:59 AM | Show all posts
zahid tak popular. itu salah satu sebabnya...

tetapi jangan lupa imej umno satu-satunya parti melayu dah rosak. melayu pun tak sokong bila menyonglap, apalagi bila nak cuba dinormalkan pulak terutama semasa usaha najib dimahkamah, aku ingatlah kalau najib mengaku bersalah dan rela hati masuk penjara, maka imej umno akan lebih baik jika tak dirosak pulak oleh zahid seleaps itu...

apa jadi parti itu dilihat mengkhianati melayu sendiri.. kerana parti yang mewaikili melayu akhirnya bertukar sifatnya jadi lanun, suka-suka jer menyonglap dengan pelbagai cara... bolehker buang sifat lanun dan pengkhianatan umno ini dari fikiran orang-orang melayu? ..sepatutnya itu salah satu jalannya jika nak perbaiki umno

sekarang ini, itu masalah parti. .. jika kita tengok the big picture pulak, dah ada beberapa parti yang boleh mewaikili melayu... disebabkan ini umno betul2 in deep shit, dengan zahidnya dengan sifat lanunnya dengan pengkhianantannya itu, jika dibandingkan dengan imej parti melyu yang lain spt pn maka ketinggalan jauh..

jk dilihat poster boy pn contohnya ini tak asing bagi orang melayu.. muka muhyidin yang biasa sangat kelihatan dahulu dalam pemerintahan bn.. jadi bila rasa dikhinanati, maka rasa ragu-ragu nak bertukar parti akan tak ada langsung, muhyidin itu orang yang mereka sokong dari dulu juga..

.. nak kembalikan kejayaan umno dahulu, selain kena betulkan diri sendiri yang dah susah beribu kali.. yang antaranya kena betulkan imej, spt mulai bercakap akan menentang rasuah.... sangup ker....aku tak boleh bayanglah umno sangup berapi-api menentang rasuah

.. ingat umno dah kehilangan banyak, tidak sama seperti dulu, spt satu nilai sentimental orang-orang melayu bila terang-terang jadi parti lanun..

..juga pada masa yang sama umno kena hapuskan parti2 melayu yang lain, kerana setakat ini ada parti imejnya lebih baik dari umno ...memang susah, apalagi strategi untuk dapat sokongan umno ini dulu-dulu menggunakan kekuatan duit terutamanya dan bukan prinsip...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2022 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
bubarkan je la umno ni.... pakat masuk DAP je
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 12-12-2022 07:53 AM
bubarkan je la umno ni.... pakat masuk DAP je

Betul. Mat maslan pun kata dap baik org melayu jgn takut dap sambil kor meng mengucapkan terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 09:27 AM | Show all posts
Perak (3),
Pahang (5),
Kuala Lumpur (1),
Negeri Sembilan (5),
Johor (9),
Sabah (7)

ni ja jumlah kerusi BN lepas PRU-15...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 12-12-2022 09:27 AM
Perak (3),
Pahang (5),
Kuala Lumpur (1),

Hina betul umno bawah Zahid Penyamun
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 09:45 AM | Show all posts
salah umno sebab sanggup bersekongkol dengan puak puak syaiton dalam langkah syaiton.

Sepatutnya selepas PRU 14, muhasabah diri, bedah siasat dan build up semula, umno bukan sebuk untuk gulingkan PH . Ended up kena main dengan PAS dan bersatu, terpaksa pulak jatuhkan wak yiddin . Walau pun mael sabri dari umno naik jadi PM tetapi tak memberi menafaat pun kepada UMNO, malah  perpecahan lagi teruk sampai wak jahid kena tegas guna autocratic way.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 09:49 AM | Show all posts
Kita tunggu dan lihat apa hasil pembedahan tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
PAU nanti wak jahit yg bercomolot dgn dapig kena jadi lead vocalist nyanyi lagu Anak kecil main api sambil jurai2 air mata ke acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 12-12-2022 10:10 AM
PAU nanti wak jahit yg bercomolot dgn dapig kena jadi lead vocalist nyanyi lagu Anak kecil main api  ...

Aku selalu dgr pasal lagu ni tp tak pernah tgk liriknya pasal apa. Ramai geng2 umno ckp sedih bila dgr lagu ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zidane_ziege at 12-12-2022 11:21 AM

Punca UMNO kalah PRU15

1- Ikut syaiton bersatu & syaiton bertopeng lebai buat langkah syaiton. Lepas tu umno perlahan lahan  kena buli dan kena telan parti bersatu

2- Terlalu fokus dgn DAP yg tak lawan pun dalam mana-mana kawasan melayu umno. Tapi tak sedar undi melayu umno dicuri oleh PN

3- Ketua penerangan UMNO yg muda En Shahril Hamdan gagal menarik perhatian anak muda tik tok
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu bedah siasat pun
Kepimpinan wak jahit amat meyakinkan dan terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 11:32 AM | Show all posts
dah lama atok suruh bubar pun....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 12-12-2022 10:16 AM
Aku selalu dgr pasal lagu ni tp tak pernah tgk liriknya pasal apa. Ramai geng2 umno ckp sedih bila ...

Itu lagu wajib umngok ......skrg ada lg nyanyi kot?...iols teringat kena bangun pkl 5 subuh2 nyanyi lagu ni dkt kem BTN....hawauuuu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.303080 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list